Labels

Saturday, July 23

Hebat sungguh hari ini



kipas berpusing ligat bertambah angin bertiup sepoi-sepoi dari luar tingkap & cuaca agak kedinginan membuat suhu meningkat naik tapi badanku terasa hangat apabila keadaan bilik seperti didalam oven dan merasakan hangat yang tidak terkata untuk di gambarkan dan hanya tuan badan yang merasakannya

itulah kehebatan hari ini apabila duian memenuhi ruang perutku ini & buat aku gian..Dengan menggunakan motosikal berkuasa rendah hujan diredah kampung demi kampung ku lencong gunung ganang ku dukung bukit tinggi ku daki akhirnya sampai ke destinasi iaitu dusun durian sedara member aku (raimi a.k.a ceplos) seronok..

kami memulakan pencarian durian di sekitar dusun kemudian dikumpulkan dalam bakul yang besar untuk hidangan tepian air terjun.Setelah durian yang comel-comel memenuhi bakul kami ke tepi air terjun untuk merasakan kehangatan durian yang sedap tak terhingga.

memang terbaik lah durian tu,isi kuning (tembaga) walaupun kecik tetapi manis dia tak ingat..walaupun sebiji hanya beberapa ulas tetapi kami puas.Setelah makan durian separuh daripada bakul itu kami mandi air terjun datangnya dari belakang gunung dengan cuaca panas tetapi kesejukan air yang mampu mengecutkan otot-otot badan.

tanpa dua orang kawan baik kami keadaan tidak begitu seronok tetapi kepuasan makan durian kami terasa bersama sebab aku bawakan seorang sebiji durian dari dusun itu.Hebat sungguh hari ini ..  

beberapa gambar untuk jadi tatapan kalian atas cerita ini , cuma gambar mandi sahaja tak dapat diupload kerana tidak sesuai untuk di pratontonkan
(kami hanya ber-boxer) hehe ..



atok memilih durian untuk dikupas & aku hanya menunggu untuk makan sahaja
setengah di simpan untuk selepas mandin (2nd round)



aku & atok sebelum balik   








ceplos agak kemurungan hari ini sebab awek merajuk (serabut)

lan & farid tak dapat join kegembiran hari ini 

No comments:

Post a Comment