Labels

Saturday, July 23

Hebat sungguh hari ini



kipas berpusing ligat bertambah angin bertiup sepoi-sepoi dari luar tingkap & cuaca agak kedinginan membuat suhu meningkat naik tapi badanku terasa hangat apabila keadaan bilik seperti didalam oven dan merasakan hangat yang tidak terkata untuk di gambarkan dan hanya tuan badan yang merasakannya

itulah kehebatan hari ini apabila duian memenuhi ruang perutku ini & buat aku gian..Dengan menggunakan motosikal berkuasa rendah hujan diredah kampung demi kampung ku lencong gunung ganang ku dukung bukit tinggi ku daki akhirnya sampai ke destinasi iaitu dusun durian sedara member aku (raimi a.k.a ceplos) seronok..

kami memulakan pencarian durian di sekitar dusun kemudian dikumpulkan dalam bakul yang besar untuk hidangan tepian air terjun.Setelah durian yang comel-comel memenuhi bakul kami ke tepi air terjun untuk merasakan kehangatan durian yang sedap tak terhingga.

memang terbaik lah durian tu,isi kuning (tembaga) walaupun kecik tetapi manis dia tak ingat..walaupun sebiji hanya beberapa ulas tetapi kami puas.Setelah makan durian separuh daripada bakul itu kami mandi air terjun datangnya dari belakang gunung dengan cuaca panas tetapi kesejukan air yang mampu mengecutkan otot-otot badan.

tanpa dua orang kawan baik kami keadaan tidak begitu seronok tetapi kepuasan makan durian kami terasa bersama sebab aku bawakan seorang sebiji durian dari dusun itu.Hebat sungguh hari ini ..  

beberapa gambar untuk jadi tatapan kalian atas cerita ini , cuma gambar mandi sahaja tak dapat diupload kerana tidak sesuai untuk di pratontonkan
(kami hanya ber-boxer) hehe ..

Saturday, July 16

maafkan aku



maafkan aku kerna telah tinggalkan mu
meski aku tak sanggup namun sikap mu paksa ku
maafkan aku telah mengubah jalan hidup ku
sebab itu bukan niat aku tapi dirimu yang memaksa aku
jangan kau cuba jangan kau cuba salahkan aku
kerna memang benar kau kata kau cinta
tapi engkau tak selalu ada
biar kan aku terluka...
memang benar kau kata kau sayang
tapi kadang kau ada kadang kau hilang
biar kan aku seorang..
maafkan aku kerna telah tinggalkan mu
meski aku tak sanggup tapi dirimu yang memaksa aku
jangan kau cuba jangan kau cuba salahkan aku
kerna memang benar kau kata kau cinta
tapi engkau tak selalu ada
biar kan aku terluka
memang benar kau kata kau sayang
tapi kadang kau ada kadang kau hilang
biar kan aku seorang..


MORAL FIBER

 
 
so what is the moral fiber
i mean its funny
i used to think it was always telling the truth
doing good deeds
basically being a fucking boy scout
i have been seeing it differently
moral fiber is about finding that one thing you really care about
that one special thing 
that means more to you than anything else in the world
when you find her
you fight for her
you risk it all
you put her in front of everything
your future , life all of it
and maybe the stuff you do to help her isn't so clean
it doesn't matter
because in your heart you know
that the juice is worth the squeeze
that's what moral fiber's all about.

MORAL FIBER- is the strength and ability to do what you think is right, even in a difficult situation

Tuesday, July 12

setahun sudah kamu sayang




altiysa
cumel je nama kan?
nama manja dedek , tisya , muchuk , macham !
hari tu baru je sambut birthday dia buat tahun pertama
how sweet
dari kecik umur dia sebulan mak aku jaga
sekarang dah setahun
cepatnya dia membesar
dah la cumel
geram je aku
rasa nak cium-cium dia tiap hari
sekarang dah balik kolej
rindunya kat dia
kalau tak memang dia la yang mengacau aku time tidur
suara dia nages la yang kejutkan aku dari tidur
rindunya dekat dia
cuti 3 minggu rasa seronok dapat main dengan dia
apa-apa pun , kita akan berjumpa lagi raya
yer tisya?
baju pemberian dari temanku
how sweet...
muaaahH!!!

Monday, July 11

taman 1001 kenangan


seronok bercuti,dapat stay rumah borak-borak dengan keluarga
sepanjang cuti ni duduk rumah je
pagi petang siang malam
satu hari tu
bila boring dah rasa macam nak gila aku pun keluar sorang-sorang
takde tempat nak dituju aku pun pergi la lepak kat tasek kat taman aku ni
lepas park je kereta tersingkap la kenangan manis aku & dia kat taman tu
macam-macam yang aku ingat
pelbagai cerita , suka , duka , lara , sengsara , gembira
tasek , batu-batu , jambatan , pokok-pokok , ikan-ikan , kura-kura , buaian , pondok & banyak lagi la
semua tu menjadi saksi cerita aku & dia
bila pikir-pikir balik
aku datang situ
seronok pun ada
sedih pun ada
benci pun ada
rindu pun ada
semua aku rasa
apa-apa pun
kenangan memang takkan pernah hilang
selagi hayat dikandung badan
kau memberi 1001 kenangan wahai " hutan bandarputra "

Wednesday, June 15

selesai


tadi selesai sudah xtvt gotong royong
mata pun dah ngantuk akibat tak tidur dari semalam
sebab duduk menunggu download cerita Nora Elena
biasa la duduk hostel
mana ada tv
nak tengok drama kene la download
memang menguji kesabaran betul
dari 1 episod ke 1 episod aku tunggu
dan sekarang aku dah ada sampai episod 22
aku baru layan sampai episod 14
bila dah sampai JB nanti baru sambung episod seterusnya
apa-apa pun barang sume dah siap packing
yang tinggal lappy je
petang ni jam 7 aku gerak ke bustand kulim
dan naik bus pada pukul 9.45
dan sampai ke JB lebih kurang pukul 9 pagi
12 jam perjalanan tu
apa-apa pun aku doakan bus aku dan bus kawan-kawan aku 
semua berjalan lancar dan selamat sampai ke destinasi kabur..tettt!!
itu blog aku
hehehe
destinasi masing-masing la

SELAMAT TINGGAL ADTEC KULIM
SEMESTER DEPAN KITA BERSUA KEMBALI

12 JAM

esok pukul 9.45 malam akan bermula perjalanan jauh aku dari utara menuju ke selatan untuk mencapai satu tujuan iaitu balik ke kampung halaman
aku harap-harap semua berjalan lancar dan takde masalah yang akan datang
jauh tu jalan
12 jam kot duduk dalam bus
memang tidor jela
bus malam kan?
syiok
sedar-sedar je dah sampai johor
heeee~~~
bila dah sampai johor memang banyak benda nak aku buat..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1) jumpa (bukan) awek aku kat JPN (buat IC baru la)
2) abang aku kena belanja bekfes (lama tak borak-borak)
3) jumpa mak aku la (rindu gilak)
4) jumpa kawan-kawan (especially wan kecik & faiz )
5) setup bilik aku yang telah di pakai oleh adik aku sepanjang ketiadaan aku dirumah
6) Godeh motor aku yang dah lama kejung kat rumah
7) Gigit telinga Tisya ( baby girl mak aku bela )
8) Date aku? (forget it,maybe has been cancelled)
9) jumpa amoi court badminton (bersukan)
10) Paling penting cari tempat praktikal

banyak lagi keje sebenarnya
apa-apa cerita pun akan di update kelak

SELAMAT BERCUTI

Monday, June 13

PATUTNYA


portfolio dah settle
exam dah abis
borang untuk praktikal pun dah dapat
tapi masih tak boleh nak balik
aduh
tension betul
dah 3 bulan tak balik rumah nie
patutnya petang ni aku dah naik bus balik johor
nak tak nak terpaksa tunggu hari khamis
apa boleh buat
sabar jela
home sweet home
waiting for me




Sunday, June 12

susah


Yer
memang penyakit kali ni
tapi macam mana pun kene hadap juga
walaupun SUSAH
inilah kehidupan
tak selalunya gembira
sepi kala ada dukanya
 tapi aku harus kuat menghadapi
kegembiraan yang kau beri tidak kekal dan
kesedihan yang kau beri juga tidak akan kekal
moga mudah melupakan
dan moga mudah mengantikan ..

Saturday, June 11

Maafkan lah bila hati tak sempurna mencintaimu


Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka 
tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
Seribu mimpi
berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
ku persembahkan kepada mu
yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepada mu
namun cinta dalam jiwa 
hanyalah padamu
Maafkan lah bila hati
tak sempurna mencintai mu
dalam dada ku harap hanya
diri mu yang bertakhta . . .

" Kesedihan dalam hidup ini
tidak akan pernah kekal
ia akan pergi jua
asalkan ada usaha
dan diberikan suatu
kekuatan dari Nya "


- SELAMAT BERAMAL -
 

Thursday, June 9

GIAN MENGHAFAL

Entri sebelum ni story pasal sebuah lagu
boleh rujuk kat link dibawah
lepas dah dengar banyak kali aku rasa gian nak dengar
asyik nak dengar je
rumet aku tension kot aku asyik pasang lagu sama je
sabar jela dapat rumet macam aku ni
heeee~~~
hari just nak share lirik dia yang menyentuh kalbu
(lepas translate baru paham)
sekarang aku nak menghafal pulak
best giler la
mari layan
kalau tak paham buat-buat paham jela okay
nyanyi ikut suka anda

50mila Nina Zilli feat. Giuliano Palma

Cinquantamila lacrime non basteranno perchè
musica triste sei tu dentro di me.
Cinquantamila pagine gettate al vento perchè
eterno è il ricordo, il mio volto per te.
Non ritornare, no tu non ti voltare, non vorrei mi vedessi cadere.

A me piace così, che se sbaglio è lo stesso, perchè questo dolore è amore per te.
Cinquantamila lacrime senza sapere perchè
sono un ricordo lontano da te.

Cinquantamila lacrime non basteranno perchè
musica triste sei tu dentro di me.
Non mi guardare, non lo senti il dolore, brucia come un taglio nel sale.

A me piace così, che se sbaglio è lo stesso, perchè questo dolore è amore per te.
A me piace così, e non chiedo il permesso, perchè questo dolore è amore per te.



Wednesday, June 8

Dengar 100 kali NONSTOP pun tetap best !!!

Sapa yang pernah main game bola PES mesti pernah dengar lagu intro 

(PES   :   PRO EVOLUTION SOCCER)

ada banyak lagu intro masa tengah loading game tu
ada satu lagu ni memang BEST
dengar 100 kali NONSTOP pun tetap BEST !!! 
walaupun aku tak paham bahasa italy
tapi MELODY dia memang ada SOUL
ROMANTIKA
DE AMORE

lagu ini dinyanyikan oleh NINA ZILLI


berasal dari italy
 mula menyanyi pada tahun 2000
meningkat naik bersama-sama dengan seorang artis iaitu 


AMY WINEHOUSE 
(artis febret aku jugak tu)

Music yang dibawa mereka adalah jazz , soul  & blues
itu jela sedikit info yang aku tau
memang best
layan video ni okay
click link kat bawah
 PEACE YO !!!


 







KESAN MINUM AIS

Hebahkan kepada kenalan anda dan yang anda sayangi

Kesan Minum AIS

Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.    

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas .... 

Artikel ini berguna untuk semua.

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!. 
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah 
akan mendapat faedah dari amalan ini. 

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca.
Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. 
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan
Ia akan memperlahankan penghadaman kita.   
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan  menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan  menuju  ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. 
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.    

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!! 

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.   
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.   
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada 
serangan pertama  serangan jantung.   
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa.  Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.   
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..   
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup... 
PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa. 
Baca ini..... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!. 

**Jadilah teman yang setia dan teruskan menghantar artikel ini kepada teman-teman yang anda sayangi.....!!!!


p/s : Diambil dari facebook dan di kongsi semula untuk kebaikan bersama

Tuesday, June 7

selamat tinggal

Tengah kemaruk layan lagu ni
best giler kot zizan rap
 
Dina feat zizan - selamat tinggal

selamat tinggal kawanku
tak mudah aku pergi oooo
bila wajah mu sentiasa dihati ini

okay..
dah memang bukan mudah untuk ku menerima hakikat
dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
apa yang ku harapkan kasih sayang yang suci murni
tetapi semuanya hilang setelah kau pergi (pergi pergi pergi)
dulu hari-hari ku bewarna-warni
kini kian mendung ia tinggal satu memori
jangan jangan lepaskan gengaman ku ini
hidup ku hanya bermakna jika kau disini

mana janji mana pergi mengapa gembira ku kini menjadi sepi

musnah segala apa yang impikan
tetapi ku tetap tabah kerna tuhan yang menentukan

kau tetap pergi apakan daya

walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
ku harapkan ini sesuatu yang kekal
namun ku terpaksa melepaskan dirimu selamat tinggal

selamat tinggal kawanku
tak mudah aku pergi oooo
bila wajah mu sentiasa dihati ini

tiada ertinya kau tinggalkan aku
sedangkan teramat ku mengasih dirimu
cuba ingat semua yang kita pernah lalui
sayang tukarlah fikiran mu kembali
ku tak mahu hidup tanpa mu di sisi
hanya kau seorang yang pernah aku kasihi

jangan pergi jangan pergi jangan tinggalkan aku begini

jika aku yang kau cintai
kenapa semua ini
kenapa semua ini
mengapa semua ini
jika aku yang kau cinta
mengapa semua ini

kenapa semua jadi begini kenapa (jangan pergi jangan pergi jangan tinggalkan aku begini)

selamat tinggal kawanku (usah pergi)
tak mudah aku pergi (jangan tinggalkan aku menderita)
bila wajah mu sentiasa dihati ini (aku sentiasa didalam dakapanmu sayang)

walau ku pergi sayang ku (usah pergi)
dalam jiwa ku ini kau lah cintaku yang kekal
selamat tinggal (jangan tinggalkan aku menderita disini jangan biarkan aku tersiksa disini sayang)

selamat tinggal kawanku (usah pergi)
tak mudah aku pergi oooo (ooo oooo)
bila wajah mu sentiasa dihati ini (aku sentiasa didalam dakapanmu sayang)

walau ku pergi sayang ku (jangan pergi)
dalam jiwa ku ini kau lah cintaku yang kekal
selamat tinggal (aku menyintai dirimu sayang jangan tinggalkan aku sendiri disini sayang)
kau lah cintaku yang kekal..selamat tinggal...

Sunday, June 5

BANGANG BODOH GILER BABI SIAL

K A W A N

Maki la macam mane sekali pun kan?
kite tetap sayang kawan kite walaupun die slumber je baby kan kite?
bodoh bangang giler tu ayat biasa..
walaupun namanya kawan..
sayang kawan macam sayang awek..
taktau la korang macam mana..
tp tu la..
aku sayang kawan-kawan aku..
korang pun mesti sayang kawan-kawan korang ,
walaupun bangang bodoh giler babi sial tu selalu kene sembur kat korang...
bagi aku itu normal..
bukan semua orang skema baik budi bahasa..
jenis yang terejal memang " MANIS " giler bahasanye..
rasa macam nak pijak je mulut die..
tapi itu la kawan..
bukannya awek-awek nak cakap kene cover-cover...
nak kene susun ayat,salah cakap nanti kecik hati pulak..
merajuk,dah payah satu keje nak kene pujuk..
kalau kawan hembus jela ape nak hembus..
kalau dia touching tu nak buat macam ne..
hati tisu bak kata orang..
kalau member touching kita mintak maaf la..
tapi jarang la kalau member nak touching..
paling kurang pun dia baby kan kita balik..
ye tak?
KAWAN-KAWAN KAN,RILEK LA..
apa-apa pun aku sayang kawan-kawan aku semua...
tanpa meraka,siapa la aku..cehhhh!!!!
peace yo...

ADTEC KULIM 2011
ILP PASIR GUDANG 2009
INI RUMET & JIRAN BILIK SEBELAH (EPIT & AJIS)

Saturday, June 4

Grrrrrrrrrrrrrrrr!!!!

Giler geram tadi time gah wat exam..boley pulak aku macam blur-blur..buat ini salah,buat itu salah..ape hal la macam ni ek?risau pulak kalau pikir-pikir balik..entah okeh ke x exam aku tadi..pape pun aku dah buat yang terbaik dan kita tunggu jela result semester depan..jangan kene repeat sudah..

MOOD : hura hurey nak balik cuti !!

Friday, June 3

RINDU LA NANTI

Next week dah start exam so kene la prepare untuk.....untuk ape??untuk balik rumah la...lepas exam kemas barang terus cabut ke JB tanah air terCHENTA...aduh...lg seminggu je nak abis semester ni..macam kejap je walaupun dah 3 bulan tak balik rumah,tak jumpa keluarga..seronok rasa hati ni!!walaupun agak tertekan dengan kerja-kerja yang melambak tapi ingat pasal semester break,hilang semua tension..hehehee...bila dah cuti mesti rindu aku kat kawan-kawan seperjuangan aku yang sama-sama kat kedah ni..sebulan tak dapat jumpa korang..tak dapat makan sama-sama,mandi sama-sama (toilet lain-lain),bangun tidur sama-sama..pergi kelas sama-sama..banyak la perkara kami lakukan bersama..rindu la kat korang semua nanti..apa-apa pun kita akan berjumpa lagi next semester..wish korang semua sihat-sihat belaka di samping keluarga..PEACE YO!!

ZAKWAN,ATOK,EPIT,LAN,AJIS,JIJIT,FARID,MAD


Wednesday, June 1

SETELAH !!

Fuhhh!!! setelah bertungkus lumus menguruskan keje-keje yang melambak tu..boleh dikatakan hampir settle semuanya..seminggu aku & the gang siapkan itu , siapkan ini & baru la hari ni selesai walaupun sebenarnya masih belum sepenuhnya..sekarang boley la tarik nafas lega & hanya perlu beberapa hari saja untuk aku merehatkan diri..hope lepas ni takkan ada lagi kerja yang serupa ini..sekarang masa untuk tidur..selamat malam!!

Tuesday, May 31

KAMI MEMANG SUKA MACAM NI !

Okeh ! tangan kat dada , mata pandang ke atas sambil menyebut " KAMI MEMANG SUKA MACAM NI!! " hehee..pasal apa tau?TENSION kot bila keje melambak.. bukan takat melambak,ni dah tahap menggunung.. giler-giler punya banyak sampai KK macam FARID ("seorang teman baik aku") kelam kabut tak cukup tangan nak buat kerja.. Lagi satu hal pulak nak online pun internet macam lahanat haram slow mengalahkan siput ba alif ba ya.. Geram betul macam ni! nak cari bahan untuk siapkan assignment pun jadi susah..adoi !! apa-apa pun,sabar jela dengan segala situasi seperti sekarang ni.. Bak kata apek kalau dalam maharajalawak "kippidap"..itu jela ayat yang dapat rileks kan aku..huhuuhu..Esok akan mula exam & aku pun tak prepare apa-apa..memang JEM la aku esok jawabnya..burbye..

Monday, May 30

perut buncit banyak rehat

Memang sakit time-time dah nak abes sem ni..perkara yang paling aku tak suka adalah kerja datang bertimbun-timbun serta berlori-lori..awal-awal dulu lecturer-lecturer tersayang aku tu takmau pulak bagi kerja banyak,dah kami duduk rilek santai tepi pantai makan buah lai..sekali datang kerja sampai tak cukup tidur , kesian aku tengok teman baik aku sorang tu , pagi-pagi tengok muka dia sejibik macam tengok anak PANDA umur 3 bulan..biji mata lebam sebab buat kerja sampai subuh..yang tak cukup tangan , kaki , badan , duitnya lagi adoi asyik dok print sana sini..GILER MAK ANG ..!!! memang tension..sabOooOorr jela..aku mai tu diaaa dari selatan ke utara nak blajar,so aku tetap kene buat dengan penuh tulus , mulus , kudus demi masa depan bakal isteri aku jugak kan..huhuu..so,kawan-kawan..don't give up!!kippidap!!!never say GOODBYE!!!lagi-lagi kawan-kawan yang dari selatan tu mai sini,aku abaq ang,jangan dok makan parpu sampai tanggungjawab kita tak selesai..PEACE!!!!

okey ..thanks 4 the lesson today !!

Nak ucap thanks pada seseorang yang telah memberi sebutir , secubit , semangkuk , secawan , sedikit ilmu tentang kehidupan yang agak penting jika di ambil kira dari sudut menjaga hati [macam lagu la pulak]..Niat hati ku nak kekal lama..ish,nyampuk pulak lagu-lagu time-time camni..niat hati ni sebenarnya "lain",tapi si penerima memahaminya "lain"..ish,bukan sikit ilmu nie,banyak sebenarnya lesson hari nie..okeh!!!kita kongsikan bersama yer..kongsi ilmu sama seperti berkongsi udara..mengarut pulak haiiiihhh....
lesson untuk hari ini ialah :-

 (i) PEREMPUAN TIDAK SUKA DIBANDING-BANDINGKAN!!!
Jangan sesekali cuba membanding-bandingkan dia dengan orang lain tidak kira adik dia,kawan dia,kawan kita,orang sekeliling kita & especially ex kita..MELETOP MENGAMOK la alamatnya geng..seriously memang korang kene MAKI+HAMUN  HEMBUS kalau korang cuba membandingkan dieorang..macam aku kene la..heheee..aku suka bila dia macam tu,much more pretty cuties & sweetie when shes gets ANGRY..kalau korang ada awek,nak tengok awek korang lagi cute daripada biasa,try la!!..tapi korang sanggup ke??aku?cukup la sekali ini,lepas ini janji takmau buat lagi..heheheee~~~
chill bro..

Sunday, May 29

biasa la baru-baru

As salam & selamat sejahtera diucapkan pada semua reader yg gatal baca blog nie..jangan marah yer,saya budak baru belajar & baru memulakan langkah memblogkan diri..hehehe...kepada semua-semua blogger yang husler lagi berpengalaman , sila tunjuk ajar yer..